SEJARAH SEKOLAH



Sejarah Awal
Sekolah Kebangsaan Karamunting telah mendapat namanya sempena nama Kg. Karamunting. Nama ini telah diberikan oleh seorang juru ukur berbangsa Inggeris yang beragama Islam yang bernama Patrick Skinner. Ianya diberi nama sedemikian kerana tempat ini banyak ditumbuhi Pokok Karamunting.Tapak bangunan tempat kedudukan S.K Karamunting sekarang ini ialah tanah Harrison dan Crossfield. Salah seorang daripada saudara atau waris terdekat bagi Patrick Skinner ialah Hajjah Aminah Ghani iaitu timbalan Menteri Kewangan Brunei Darussalam.
Untuk pengetahuannumum,sungai yang terdapat di belakang flat guru telah diberi nama Sungai Sipat, singkatan daripada nama Patrick Skinner.

Sejarah Pembinaan
Pada mulanya S.K Karamunting dikenali sebagai Government Primary School Melantau atau G.P.S Melantau yang terletak di hadapan perhentian bas berhadapan dengan kedudukan sekolah sekarang. Sekolah ini dahulunya hanya dibuat daripada kayu dan papan dengan keluasan kira-kira 35’ x 40’ sahaja. Sekolah ini hanya mempunyai sebuah kelas yang mempunyai sebuah kelas bercantum bagi murid darjah satu hingga darjah enam. Ia mempunyai 23 orang murid serta dua orang guru sahaja.
Guru besar yang pertama di sekolah ini ialah Tuan Haji Awang Bin Burut Tuah. Beliaulah yang telah bertanggungjawab dalam memperkembangkan sekolah ini. Untuk tujuan membina dan memperbesarkan lagi sekolah ini, beliau telah meminta bantuan daripada seorang pegawai Inggeris pada masa itu. Pegawai itu telah berjanji akan membantunya dengan syarat sekolah ini haruslah mempunyai 200 orang murid.
Apabila jumlah murid bertambah seramai 100 orang, sebuah bangunan telah dibina dengan bentuk huruf ‘L’ dan kesannya jumlah murid semakin bertambah. Bangunan ini juga telah diperbesarkan lagi setelah jumlah murid bertambah menjadi 200 orang. Sekolah ini diperbesarkan pada tahun 1963 oleh Sir W.F William, seorang pegawai Ingeris pada masa itu. Pada tahun 1964, setelah setelah bilangan murid terus bertambah, sebuah lagi bangunan telah dibina dan sekolah tersebut memulakan sidang pagi dan petang. Sebuah bangunan lagi telah ditambah di bahagian belakang bangunan pada tahun 1965.
Pada mulanya, sekolah ini dihuni oleh kanak-kanak dari Kg. Karamunting dan kawasan sekitarnya. Kemudiannya diikuti oleh kanak-kanak berbangsa Filipino. Ini terjadi dalam tahun 1976 dan kemungkinan besar adalah disebabkan oleh kegigihan Filipina untuk memberi Pendidikan kepada anak-anak mereka. Setelah beberapa peraturan yang diperkenalkan oleh kerajaan maka kemasukan mereka ke sekolah ini telah dapat diatasi.

Senarai Guru Besar

1.En. Awang Besar Burut 1963-1965.
2.En.Mohd Zaini Awang 1966-1973.
3.En.Awang Jaafar Burut 1973-1976.
4.En.Mohd Yakup Yusof 1976-1979.
5.En.mahmud Jahar 1980-1981.
6.En.Awang Jaafar Burut 1982-1982.
7.En.Baggai Basirun 1983-1984.
8.En.Mustapha Ag Besar 1984-1988.
9.En.Asrah Omar 1988-1998.
10.Pn. Aishah P.Ismail 1988-1988.
11.En.Adiah Junang 1998-2008.

You can leave a response, or trackback from your own site.
Powered by Blogger